CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 18, 2011

Kenangan Ayahanda..part 1

Bismillahirrahmanirahim..


Entry kali  ni, dedicated untuk arwah ayahku tercinta..al[fatihah..
Td bukak Fb, my sista k ju, upload gambar ayah masa dia muda2 dulu..
gambar lain pun k ju  masukkan jugak, diary ayah tahun 1963 pun diambil gambar, discan dan di upload. kakakku yang sorang memang menghargai barang2 lama, die akan ambik dan simpan

Rindu ayah sangat2. 

Arwah ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 sept 2010 due to pendarahan dalam perut yg teruk. alhamdulillah kami satu family ada bersama2 di saat dia menghembuskan nafas terakhirnya. 

bila dikenang kembali kenangan bersama ayah selam 22 tahun aku hidup, sangat banyak. seorang ayah akan buat apa sahaja untuk melihat anak-anaknya berjaya. itulah pengorbanan seorang ayah.

Ayah aku seroang cikgu, dan ketegasan dia dalam mendidik kami adik beradik sangat tegas. kalau dia ckp tak boleh maka tak boleh lah. Di bangku sekolah rendah, ayah akan paksa aku belajar, hafal sifir, since ayah cikgu matematik. dia akan paksa aku hafal sifir sampai ingat. siap nangis2 lagi sebab tak nak. aku pulak degil, sambil2 hafal, sambil nangis. dia sangat particular dalam belajar. kami adik beradik akan melalui pengalama yang sama, mlm tak boleh tgk tv. tapi aku yang degil tetap jgk berkeras tgk. bila ayah masuk tido, aku tgk tv. 

satu kenangan yg tak boleh lupa masa aku umur 4 @ 5 tahun. Masa tu sekolah ayah ada sukan tahunan, mlm adalah acara rasmi dan semua cikgu kena hadir. malam tu ayah bawak aku pegi skolah dgn motor. dan aku dapat hadiah malam tu. budak2 bila dapat hadiah mesti la suka kan. hadiah ayah dia bagi aku.

kalau nak diceritakan pasal kenangan, memang banyak. jika ditanya pada sape2 pun, mesti banyak kenangan diorg dengan ayah masing2. 

bila direnung kembali pengorbanan yang dah dilakukan, aku akan teringat pasal ni. untuk SPM aku ambik tuisyen matematik dekat satu tempat ni. dan cikgu yang ajar matematik terkenal dgn nama Pok Dik, dan dia salah sorang anak murid ayah masa ayah jadi cikgu dulu. kira 2 generasi la kot. kelas die sejam je, dan disebabkan budak form 5, so kelas start pukul 5 dan habis pukul 6. disebabkan nak balik sendiri susah, so ayah akan hantar aku p tuisyen. setiap minggu ayah akan hantar dan amek aku dengan motor kesayangan dia. masa tu, disebabkan aku ni keras kepala, tak nampak gigihnya ayah antar dan amek aku. dari rumah nak ke tempat tuisyen dalam 15 minit, so bayang kan kalau ayah antar dan balik dan pg balik nak amek aku, sangat penat kan. tp sepanjang setahun, ayah xpernah mengeluh...(sebakkkk)
dia akan hantar dan pg mana2 tempat untuk tgu aku hbs kelas. kadang die akan masuk masjid. seorang ayah mahu lihat anaknya berjaya. dan alhamdulillah, bukan untuk bangga diri, SPM mate mode, aku dapat A1. first subject dia tanya masa dapat resul, " mate buleh brapo?" alhamdulillah. 

Dan aku sambung diploma, dari hari first aku masuk U, dah niat dalam hati. pada hari konvokenyen day, aku nak tunjuk scroll dip to my parent, but i couldn't make it. ayah pergi meninggalkan kami tanpa sempat tengok aku naik pentas amek scroll. kalau bab ni, ayah akan sangat teruja untuk attend. kakak2 aku  punye graduation day, sume ada gambar dgn we n ayah dari konvo kak mah sampai konvo m kak. namun, siapa kita untuk menolak takdir, kita hanya merangcang, Dia yang menentukan. kerinduan ku terubat bila, masa hari konvo aku, all my family members were there. 

masih ingat lagi, pada hari aku ditawarkan untuk sambung ijazah.
aku check keputusan masa tu dah hampir mahgrib..keputusan keluar at the same time ayah masuk rumah. dan aku trs bagitau family yang aku boleh sambung degree. ayah was the one who are very happy. aku nampak die happy, mata dia merah. dan lepas tu trs dia bincang pasal, nak pg bila, nak buat sembahyang hajat bila. yaa, dia sangat gembira. together with my mom. dan Ayah trs ckp yang dia nak pg hantar aku masuk Shah Alam. Kakak2 aku yang ade jgk cakap, ayah xpayah pg la, tkut penat. tp die nak pg jgk. dan aku mmg nak my parent ikut skali. siapa sangka, itulah kali pertama dan terakhir ayah jejakkan kaki ke Uitm Shah Alam. dia nak tgk tempat anak bongsu dia belajar. beberapa bulan selepas tu, ayah sakit....









Friday, December 16, 2011

Berfikirlah...

Pepatah ada mengatakan bahawa, berbuat baik, akan dibalas dengan baik. Same jgk bila buat jahat.
Tapi yang memnbezakan 2 perkara ini adalah niat.
Kalau niat nak buat baik, dah tercatit satu pahala kat bahu kanan tu, tp kalau niat nak buat jahat @ tak baik (bahasa lembutya) xde tercatit apa2 pun.

Itulah sayangnya Allah pada umatnya. 
Disebalik apa yg terjadi renung lah setiap kebaikan dan keburukan yang ada, mungkin itulah yang akan memberi kita kekuatan @ jalan untuk menghadapi  setiap  kejadian yang berlaku..
berfikirlah sebelum bertindak, kesannya tetap akan terasa sama ada cepat atau pun lambat. 

actually, aku pun terfikir apa kaitan entry kali ni?

Think before you act. (pesanan untuk diri sendiri)

kesannya memang dah rasa.. now im stuck there, in the long dark street, searching for a lamp, that can show me a way home.

and i do need some help from others, the one that make me stuck here. but i know, i cant get it back, since the one has  take long journey in front of me..
and i know, i dont have any other chance to make it again. 

deep inside me, i lost in my own world. i do need forgiveness.. 


Perasaan..



Terlalu banyak perkara yg berlaku sejak 2 menjak ni..
perasaan sedih, gembira, kecewa, terpinggir, resah dan secara tidak langsung ianya memberi kesan pada kehidupan seharianku..
namun, inilah anugerah dariNya. disinilah rasanya nikmatnya hidup.
Tanpa semua ini, hidup ini kosong walaupun luarannya cantik.
ibarat tin buah yg cantik kertas pembalutya namun isinya kosong..
disebalik setiap rasa yg dilalui, tersemat seribu cerita yg mungkin kita sendiri tak tahu..
dan 'mereka' inilah yg membentuk peribadi kita, dengan tindakan yg kita lakukan..




Thursday, November 10, 2011

Ujian

hati semakin sakit bila dikenang. tapi apakan daya, 'kasut' saya perlu dibaiki selepas dihentam manusia yang tahap kesedaran sivik level 5. 


Tanggung jawab dibuang di dalam sungai Klang, bersama2 sampah sarap yang bisa memberi kerosakan kepada alam semesta. ya, mungkia juga dia sama seperti sampah. 

Ya Rabbi, lindungilah diriku dan permudahkan la urusanku..aminnnnn


Monday, May 2, 2011

GLEE - Season Finale Performance "Journey Medley"

Monday, April 11, 2011

2.39 am..11 april 2011

~Hipotesis~

semakin dekat cuti study week semakin bertimbun2 kerja yang xsiap..

~inference~
insyaAllah boleh siap..semangat dan usaha perlu kuat..

~menuju destinasi~
hujung minggu ni nak balik rumah..pape jadi keje kene siap.balik study kat umah.kononnya la. balik ambik mood kampung halaman terchenta..
baru feel exam terasa..

yeee????? insyaAllah..akan diusahakan..

:: entry dipagi hari sambil bersengkang mata yang semakin kuyu dan comel ini mengadap power point presentation BEL..this tuesday turn present..

saya rajin sekali..hahaha...peace..

Sunday, April 3, 2011

::Hukum pakai 'GIGI BESI'::

Melayu nye paanggil  ‘Pendakap gigi’ .. Omputehnya panggil  ‘Braces’

Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal braces ni. Tengok org pakai braces, rase nak pakai jagak. Almaklumlah gigi yang naik ni tak berapa cantik. Nak kata buruk sangat tak lah. Tp ade la yg xbetulnya. Alignment xbetul. Macam tayar keta pulak kena betulkan. Nanti tak pasal tersasar masa drive..(^_^)

So lebih kurang macam gigi jugaklah. Kalau xbetulkan, mau sakit isi pipi ni, asyik tergigit je bila makan. Ni refer kepada kes aku. Masalah gigi aku ni, geraham bongsu naik xbetul sgt, bile makan je kalau xhati-hati, naseb lah isi pipi. Dgn dia skali aku gigit..tp dah makan dengan sopan santun pun tergigit jgk. Memang bermasalah.
So, mmg eager betul nak pakai braces, tp bila fikir cos yang mau cecah RM 5 ribu tu. Akak aku buat 4 ribu lebih. Tunggu keje sedirilah . takkan nak mintak duit dgn mak aku jgk. Tak independent langsung. 

insyaAllah kalau boleh before kawin, gigi aku ni betul. Doa moga2 murah rezeki...ameenn..=)
Disebabkan perasaan nak buat braces yang sgt tinggi, aku pun search lah pasal braces.
Banyak info yang aku dapat,ade yang cakap, boleh buat braces dan ade jugak yang cakap, haram..
So, kat bawah ni aku masukkan ape yang sepatutnnya kita tahu. Especially sape2 yang ade keinginan nak pakai gigi besi ni.. moga ianya membantu..

Soala yang biasa di Tanya pasal brace ni adalah:

 APA HUKUM PAKAI BRACES NI?HALAL KE HARAM??
Jom kite bace..
Nabi sawbersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan..

 p/s yang ni pun aku ambil dari org lain..berkongsi info xsalah kan..=)