CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, April 3, 2011

::Hukum pakai 'GIGI BESI'::

Melayu nye paanggil  ‘Pendakap gigi’ .. Omputehnya panggil  ‘Braces’

Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal braces ni. Tengok org pakai braces, rase nak pakai jagak. Almaklumlah gigi yang naik ni tak berapa cantik. Nak kata buruk sangat tak lah. Tp ade la yg xbetulnya. Alignment xbetul. Macam tayar keta pulak kena betulkan. Nanti tak pasal tersasar masa drive..(^_^)

So lebih kurang macam gigi jugaklah. Kalau xbetulkan, mau sakit isi pipi ni, asyik tergigit je bila makan. Ni refer kepada kes aku. Masalah gigi aku ni, geraham bongsu naik xbetul sgt, bile makan je kalau xhati-hati, naseb lah isi pipi. Dgn dia skali aku gigit..tp dah makan dengan sopan santun pun tergigit jgk. Memang bermasalah.
So, mmg eager betul nak pakai braces, tp bila fikir cos yang mau cecah RM 5 ribu tu. Akak aku buat 4 ribu lebih. Tunggu keje sedirilah . takkan nak mintak duit dgn mak aku jgk. Tak independent langsung. 

insyaAllah kalau boleh before kawin, gigi aku ni betul. Doa moga2 murah rezeki...ameenn..=)
Disebabkan perasaan nak buat braces yang sgt tinggi, aku pun search lah pasal braces.
Banyak info yang aku dapat,ade yang cakap, boleh buat braces dan ade jugak yang cakap, haram..
So, kat bawah ni aku masukkan ape yang sepatutnnya kita tahu. Especially sape2 yang ade keinginan nak pakai gigi besi ni.. moga ianya membantu..

Soala yang biasa di Tanya pasal brace ni adalah:

 APA HUKUM PAKAI BRACES NI?HALAL KE HARAM??
Jom kite bace..
Nabi sawbersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan..

 p/s yang ni pun aku ambil dari org lain..berkongsi info xsalah kan..=)

1 comments:

alyaa kamil said...

wahhhh!!!!active blogging loni ea...nice2!!rndu mung!