Bismillahirrahmanirahim..
Entry kali ni, dedicated untuk arwah ayahku tercinta..al[fatihah..
Td bukak Fb, my sista k ju, upload gambar ayah masa dia muda2 dulu..
gambar lain pun k ju masukkan jugak, diary ayah tahun 1963 pun diambil gambar, discan dan di upload. kakakku yang sorang memang menghargai barang2 lama, die akan ambik dan simpan
Rindu ayah sangat2.
Arwah ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 sept 2010 due to pendarahan dalam perut yg teruk. alhamdulillah kami satu family ada bersama2 di saat dia menghembuskan nafas terakhirnya.
bila dikenang kembali kenangan bersama ayah selam 22 tahun aku hidup, sangat banyak. seorang ayah akan buat apa sahaja untuk melihat anak-anaknya berjaya. itulah pengorbanan seorang ayah.
Ayah aku seroang cikgu, dan ketegasan dia dalam mendidik kami adik beradik sangat tegas. kalau dia ckp tak boleh maka tak boleh lah. Di bangku sekolah rendah, ayah akan paksa aku belajar, hafal sifir, since ayah cikgu matematik. dia akan paksa aku hafal sifir sampai ingat. siap nangis2 lagi sebab tak nak. aku pulak degil, sambil2 hafal, sambil nangis. dia sangat particular dalam belajar. kami adik beradik akan melalui pengalama yang sama, mlm tak boleh tgk tv. tapi aku yang degil tetap jgk berkeras tgk. bila ayah masuk tido, aku tgk tv.
satu kenangan yg tak boleh lupa masa aku umur 4 @ 5 tahun. Masa tu sekolah ayah ada sukan tahunan, mlm adalah acara rasmi dan semua cikgu kena hadir. malam tu ayah bawak aku pegi skolah dgn motor. dan aku dapat hadiah malam tu. budak2 bila dapat hadiah mesti la suka kan. hadiah ayah dia bagi aku.
kalau nak diceritakan pasal kenangan, memang banyak. jika ditanya pada sape2 pun, mesti banyak kenangan diorg dengan ayah masing2.
bila direnung kembali pengorbanan yang dah dilakukan, aku akan teringat pasal ni. untuk SPM aku ambik tuisyen matematik dekat satu tempat ni. dan cikgu yang ajar matematik terkenal dgn nama Pok Dik, dan dia salah sorang anak murid ayah masa ayah jadi cikgu dulu. kira 2 generasi la kot. kelas die sejam je, dan disebabkan budak form 5, so kelas start pukul 5 dan habis pukul 6. disebabkan nak balik sendiri susah, so ayah akan hantar aku p tuisyen. setiap minggu ayah akan hantar dan amek aku dengan motor kesayangan dia. masa tu, disebabkan aku ni keras kepala, tak nampak gigihnya ayah antar dan amek aku. dari rumah nak ke tempat tuisyen dalam 15 minit, so bayang kan kalau ayah antar dan balik dan pg balik nak amek aku, sangat penat kan. tp sepanjang setahun, ayah xpernah mengeluh...(sebakkkk)
dia akan hantar dan pg mana2 tempat untuk tgu aku hbs kelas. kadang die akan masuk masjid. seorang ayah mahu lihat anaknya berjaya. dan alhamdulillah, bukan untuk bangga diri, SPM mate mode, aku dapat A1. first subject dia tanya masa dapat resul, " mate buleh brapo?" alhamdulillah.
Dan aku sambung diploma, dari hari first aku masuk U, dah niat dalam hati. pada hari konvokenyen day, aku nak tunjuk scroll dip to my parent, but i couldn't make it. ayah pergi meninggalkan kami tanpa sempat tengok aku naik pentas amek scroll. kalau bab ni, ayah akan sangat teruja untuk attend. kakak2 aku punye graduation day, sume ada gambar dgn we n ayah dari konvo kak mah sampai konvo m kak. namun, siapa kita untuk menolak takdir, kita hanya merangcang, Dia yang menentukan. kerinduan ku terubat bila, masa hari konvo aku, all my family members were there.
masih ingat lagi, pada hari aku ditawarkan untuk sambung ijazah.
aku check keputusan masa tu dah hampir mahgrib..keputusan keluar at the same time ayah masuk rumah. dan aku trs bagitau family yang aku boleh sambung degree. ayah was the one who are very happy. aku nampak die happy, mata dia merah. dan lepas tu trs dia bincang pasal, nak pg bila, nak buat sembahyang hajat bila. yaa, dia sangat gembira. together with my mom. dan Ayah trs ckp yang dia nak pg hantar aku masuk Shah Alam. Kakak2 aku yang ade jgk cakap, ayah xpayah pg la, tkut penat. tp die nak pg jgk. dan aku mmg nak my parent ikut skali. siapa sangka, itulah kali pertama dan terakhir ayah jejakkan kaki ke Uitm Shah Alam. dia nak tgk tempat anak bongsu dia belajar. beberapa bulan selepas tu, ayah sakit....

